Salam….Alhamdulillah , sehingga semalam saudara Persatuan Belia Masjid dari Wilayah Persekutuan, Kelantan, Johor dan Pahang telah selesai melaksanakan mesyuarat Penubuhan selepas masing-masing telah menerima sijil Pendaftaran.

Dengan ini bertambahlah jemaah Persatuan Belia Masjid yang insyaALLAH diharapkan dapat mencapai matlamat mengimarahkan Masjid-masjid yang sudah sedia tesergam indah di kawasan masing-masing..Amin

Sebelum berakhir, yakinlah wahai sahabat akan janji ILLAHI sebagaimana Firman-NYA didalam surah Ibrahim ayat 14 :

“dan Kami pasti akan menempatkan kamu di negeri-negeri itu sesudah mereka. Yang demikian itu (adalah untuk) orang-orang yang takut (akan menghadap) kehadirat-Ku dan yang takut kepada ancaman-Ku”

Jadi,

“Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu.”  [Al-Isra’ : 14]

Sekian, wassalam.🙂