SALAM,

Ruangan Isu-isu terkini dibuka untuk membincangkan membincang dan membahasakan perkara-perkara terbaru sebagai satu landasan perkongsian ilmu tanpa sempadan dalam usaha kita menjadi hamba-NYA yang senantiasa berilmu dan berfikiran berlandaskan perintah-NYA demi mencapai keredhoan-NYA sebagaimana Firmanya didalam surah Al-Baqarah (Sapi Betina) ayat 207-209 .

2/207 : ” Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya karena mencari keridhaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya. ”

2/208 : ” Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.”

2/209 : ” Tetapi jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran, maka ketahuilah, bahwasanya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. ”

Sehubungan dengan itu, semua sahabat saudara seislam dijemput untuk mengutarakan pendapat dan hujah masing-masing demi sama-sama kita membina diri yang berpengetahuan. Diharapkan para sahabat dapat mencadangkan topik yang ingin dibincangkan kepada kami melalui komen pada nukilan ini.

Sekian, wassalam.

13:00  20 Muharram 1431 H