SALAM,

Kebelakangan ini terlalu banyak individu-individu ataupun kumpulan-kumpulan yang dikatakan membawa “ajaran sesat” ke dalam masyarakat kita akibat kurangnya pengetahuan tentang agama yang seringkali kurang di utamakan oleh sesentengah individu dalam masyarakat itu sendiri.

Kehadiran mereka yakni golongan yang dikatakan membawa “ajaran sesat” ini kini semakin melebarkan sayapnya walaupun pelbagai usaha pencegahan dan pemantauan pergerakan mereka masih berjalan.

Diharapkan  dengan kesudian saudara-saudari berkongsi maklumat berkenaan pengalaman yang dialami sendiri ataupun diceritakan kawan-kawan harap dapat membantu saudara-saudara kita yang lain dari terjebak ke dalam kancah yang penuh keserabutan dan kekeliruan matlamat ini.

Sekian, wassalam.

10:50  26 Muharram 1431H