Archive for Februari, 2010


Kandungan ini dilindungi kata laluan. Untuk melihatnya sila masukkan kata laluan di bawah.

Advertisements

Salam,

En Zul dari KBS memaklumkan jemputan untuk 2 pasukan dari PBMS untuk turut serta dalam futsal telah ditarik semula kerana berlakunya pertukaran pihak urusetia yang terpaksa dilaksanakan di saat-saat akhir.

Kita telah menghubungi terus urusetia program tersebut, namun makluman daripada beliau  ” tempat sudah penuh ” .

Oleh itu, pihak pengurusan PBMS memohon maaf diatas kesulitan yang berlaku dimana kita sendiri tiada kuasa untuk mengawalnya. InsyaAllah akan ada hikmah disebalik ketidakbersamaan kita di dalam perlaksanaan program futsal tersebut.

Sekian, wassalam.

Salam,

Pada 3 Februari 2010 yang lepas mengikut kalendar masehi atau pada 18 Safar 1431 kalendar hijiriah…Panel penilai daripada Kementrian Belia Dan Sukan Malaysia telah mengadakan satu lawatan ke Sukida Resort, Sg Tekala dimana terletaknya pejabat Persatuan Belia Masjid Selangor.

Kehadiran lebih kurang 9 orang wakil tersebut adalah bertujuan untuk menilai persatuan secara keseluruhannya sama ada dari segi pentadbiran mahupun dari segi potensi perkembangan persatuan dari sudut ekonomi dan pendidikan.

Penilaian tersebut adalah penilaian peringkat Daerah Hulu Langat dimana kita adalah salah satu daripada dua persatuan yang ada di Daerah ini.  Keputusan kepada penilaian ini akan digunakan untuk  pemilihan Persatuan yang layak untuk dihantar ke Anugerah Belia Negeri Selangor  anjuran Kementerian Belia Dan Sukan (KBS).

Selepas sesi pengenalan dan taklimat berkaitan persatuan, pihak penilai dibawa melihat sumber perekonomian ahli-ahli persatuan yang ada iaitu ternakan ikan tilapia merah dan ternakan kambing. Selain itu, persatuan juga mendedahkan kaedah terbaik untuk melaksanakan program dengan orang asli di kawasan tersebut iaitu dengan kita melaksanakan satu program sosioekonomi seperti program tapak semaian gaharu yang di harapkan dapat memberi didikan dari sudut sosial di samping memberi manfaat ekonomi kepada orang asli yang seterusnya diharapkan dapat meningkatkan taraf hidup mereka InsyaAllah.

Pihak persatuan mengucapkan terima kasih kepada pihak yang sanggup hadir bagi menampakkan kesungguhan kita untuk melaksanakan terus dasar persatuan.

Semoga segala usaha dan penat lelah serta keringat sahabat-sahabat yang senantiasa tabah dalam terus melaksanakan dasar persatuan menurut kehendak-Nya akan membuahkan hasil apabila tiba masanya kelak.

Salam,

Ruangan ketetapan dilindungi supaya mana-mana pihak yang selalu buat spam tak ganggu dengan mudah. Harap maklum

Password untuk ketetapan adalah  :  pbmsel

Salam,

Insya Allah bertepatan dengan 21 Safar 1431H , atau 7 Feb 2010M

Pihak KBS menjemput PBMS untuk menyertai program perasmian padang futsal di Rinching, Semenyih, Selangor bermula jam 8 pagi.

Pihak PBMS dijemput untuk menyediakan dua pasukan untuk turut sama didalam pertandingan yang bakal dijalankan di sana.

Alhamdullillah, kita dah berjaya tubuhkan dua pasukan yang salah satunya adalah dari PBMWP (Persatuan Belia Masjid Wilayah Persekutuan).

Semua ahli PBMS dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis.

Sekian, wassalam.

Kandungan ini dilindungi kata laluan. Untuk melihatnya sila masukkan kata laluan di bawah.