Salam,

Pada 3 Februari 2010 yang lepas mengikut kalendar masehi atau pada 18 Safar 1431 kalendar hijiriah…Panel penilai daripada Kementrian Belia Dan Sukan Malaysia telah mengadakan satu lawatan ke Sukida Resort, Sg Tekala dimana terletaknya pejabat Persatuan Belia Masjid Selangor.

Kehadiran lebih kurang 9 orang wakil tersebut adalah bertujuan untuk menilai persatuan secara keseluruhannya sama ada dari segi pentadbiran mahupun dari segi potensi perkembangan persatuan dari sudut ekonomi dan pendidikan.

Penilaian tersebut adalah penilaian peringkat Daerah Hulu Langat dimana kita adalah salah satu daripada dua persatuan yang ada di Daerah ini.  Keputusan kepada penilaian ini akan digunakan untuk  pemilihan Persatuan yang layak untuk dihantar ke Anugerah Belia Negeri Selangor  anjuran Kementerian Belia Dan Sukan (KBS).

Selepas sesi pengenalan dan taklimat berkaitan persatuan, pihak penilai dibawa melihat sumber perekonomian ahli-ahli persatuan yang ada iaitu ternakan ikan tilapia merah dan ternakan kambing. Selain itu, persatuan juga mendedahkan kaedah terbaik untuk melaksanakan program dengan orang asli di kawasan tersebut iaitu dengan kita melaksanakan satu program sosioekonomi seperti program tapak semaian gaharu yang di harapkan dapat memberi didikan dari sudut sosial di samping memberi manfaat ekonomi kepada orang asli yang seterusnya diharapkan dapat meningkatkan taraf hidup mereka InsyaAllah.

Pihak persatuan mengucapkan terima kasih kepada pihak yang sanggup hadir bagi menampakkan kesungguhan kita untuk melaksanakan terus dasar persatuan.

Semoga segala usaha dan penat lelah serta keringat sahabat-sahabat yang senantiasa tabah dalam terus melaksanakan dasar persatuan menurut kehendak-Nya akan membuahkan hasil apabila tiba masanya kelak.