Demi mencapai matlamat Persatuan Belia Masjid Selangor, beberapa perancangan untuk perlaksanaan tahun semasa dan akan datang telah dirancang. Berikut adalah antara perancangan-perancangan kami : 

1.         Membentuk jawatankuasa cawangan PBMS bagi daerah-daerah di Negeri Selangor ini.

2.         Mendapatkan keahlian sekurang-kurangnya lima orang pada setiap masjid di Negeri Selangor. Selangor mempunyai 360 buah masjid dan hampir 1700 surau.Anggaran keahlian adalah seramai 1500 orang di seluruh Negeri Selangor.

3.         Menggalakkan penyertaan ahli-ahli dalam program pembangunan komuniti setempat. Antara program yang dirancang ialah pelaksanaan dan pengurusan program Ibadah Qurban dilakukan oleh belia-belia di masjid masjid secara tidak langsung akan menarik penyertaan belia masjid dan sebagai pelapis-pelapis AJK masjid-masjid serta membantu dan mengimarahkan lagi Program Ibadah Qurban.

4.         Mengadakan aktiviti untuk ahli-ahli dalam bidang kebudayaan, sukan, kerohanian dan lain-lain. Antara aktiviti yang dirancangkan ialah Pertandingan Fotografi Warisan Kesenian Islam iaitu mengambil gambar-gambar yang bercirikan Islam di masjid-masjid, gambar bersahaja di masjid-masjid. Gambar yang dipertandingkan akan mendapat hadiah dan akan disiarkan didalam majalah. Lelongan gambar-gambar terbaik akan dilakukan, hasil daripada itu akan diagihkan kepada tabung PBMS, tabung anak-anak yatim yang terpilih dan untuk tabung pembangunan PBMS

5.         Mengadakan aktiviti yang dapat membina peribadi, meningkatkan kesetianegaraan dan mewujudkan kesedaran terhadap perlunya menjauhi unsur dan nilai negatif dikalangan ahli-ahli. Perancangannya ialah menjalankan program-program yang berfaedah bergantung kepada keperluan rohani dan jasmani masyarakat mengikut peringkat umur dengan kerjasama jabatan-jabatan kerajaan dan agensi-agensi bukan kerajaan (N.G.O.) yang lain.

6.         Antara perancangan-perancangan yang lain ialah:

a)      Akan berusaha untuk menjadikan seorang belia masjid di tiap-tiap masjid mendapat kad tauliah sembelih dari JAIS. Telah pun berbincang dengan penolong pengarah Unit Halal JAIS mengenai perancangan tersebut. Dengan ini setiap masjid akan mempunyai pelapis-pelapis pemyembelih ternakan khususnya untuk Program Ibadah Qurban atau Aqiqah.

b)      Membentuk satu pasukan fasilitator untuk mengadakan kem-kem motivasi untuk pelajar-pelajar Sekolah Rendah dan juga Menengah. Kawasan –kawasan masjid terpilih dan beberapa pusat Kem Motivasi akan menjadi pilihan untuk Kem-kem Motivasi. Tumpuan adalah untuk murid-murid yang bermasalah setelah dikenal pasti dari pihak pentadbiran sekolah-sekolah.

c)      Mengadakan Program Ibadah Qurban bersama Koperasi Urusan Ibadah Qurban Selangor Berhad di perkampungan-perkampungan Orang Asli di negeri Selangor yang selama ini telah terpinggir dari aktiviti tersebut. Untuk maklumat di Selangor terdapat lebih kurang 73 kawasan perkampungan Orang Asli. Ini juga secara tidak langsung akan memberi mesej-mesej dakwah, kebaikan kepada Masyarakat Orang Asli yang bukan Islam untuk lebih mendekatinya lagi dan menarik minat mereka kepada Islam. Program akan dilakukan pada Hari Raya Qurban.

d)     Program Abang dan Kakak Angkat kepada pelajar-pelajar yang bermasalah dan untuk pengetahuan disekolah terdapat maklumat mengenai pelajar-pelajar anak yatim yang tidak duduk di Rumah-rumah Anak Yatim, mereka ini tinggal bersama saudara mara yang lain. Dengan pendekatan Program Angkat ini pelajar-pelajar tersebut akan senantiasa di bantu oleh Abang atau Kakak Angkat yang terpilih. Dengan ini akan membataskan lagi pengaruh-pengaruh negatif menyerap ke jiwa pelajar-pelajar tersebut. Bak kata pepatah ‘ melentur buluh biarlah dari rebungnya’