Category: Pengumuman


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang,

Alhamdulillah setinggi syukur kita panjatkan ke hadrat-NYA kerana berkat keredhaan dan keizinan-NYA kita telah berjaya melaksanakan dua buah program yang disatukan. Program yang pertama adalah Program Anjuran PBMS dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Daerah Hulu Langat dan Penggerak Masyarakat Orang Asli JAKIM (PMOA JAKIM).

Program kedua pula adalah program Kem Wawasan Remaja Islam ataupun singkatannya WARIS yang merupakan anjuran bersama PBMWP dan MASJID AL-NAJIHIN BANDAR SRI PERMAISURI.

Program tersebut yang telah dijalankan pada 11-13 JamadilAwal 1432H ini telah menerima penyertaan seramai 86 orang yang menginap sementara di Pusat Kegiatan Ibadah dan Riadah (PKIR) Tekala, Semenyih. Para peserta terdiri daripada pihak PBMS, pihak PBMWP, pelajar sekolah menengah, dan seramai 14 orang Saudara Baru (Muallaf) dari JAWI yang terpilih. Setinggi perhargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada YAYASAN TAKWA kerana telah meluluskan sumbangan sebanyak RM 3,000.00 untuk menampung kos program ini.

Aktiviti hari pertama adalah sesi taaruf dimana semua peserta program menjalani sesi taklimat & suai kenal sesama peserta disamping salah seorang daripada Saudara Baru dari JAWI menceritakan kisah dan pengalaman beliau dalam memeluk agama islam.

Keesokan harinya, peserta melaksanakan Ziarah Dakwah ke Perkampungan Orang Asli Sg. Gabai. Alhamdulillah kehadiran kami disambut baik di kampung yang diselia oleh Ustaz Muhyidin (PMOA JAKIM Pangsun). Ziarah Dakwah dimulakan dengan aktiviti ceramah sembelihan halal yang disampaikan oleh Ustaz Muhyidin sendiri. Sesi seterusnya disambung dengan sesi Praktikal Sembelihan ayam sebanyak 30 ekor dan arnab sebanyak 2 ekor. Lori JAKOA juga turut membantu urusetia membawa makan dan kelengkapan seperti khemah yang digunakan di perkampungan orang asli tersebut. Sesi kemudian berakhir dengan para peserta yang terdiri dari saudara baru dan pelajar, wakil PMOA JAKIM dan Hj Aziz (Pegawai JAKOA Daerah Hulu Langat) menyampaikan sumbangan hamper dan ayam mentah kepada 21 Keluarga yang terdapat di dalam kampung tersebut. Hamper diserahkan terus ke rumah Masyarakat Orang Asli sesuai dengan matlamat ziarah dakwah ini. Pada jam 3 petang, para peserta seterusnya pulang kembali ke PKIR untuk menyambung program seterusnya.

Pada malam minggu tersebut, Sesi AKHLAK dilaksanakan dimana para pelajar mempersembahkan Lakonan dari kumpulan masing-masing yang diadili oleh 5 orang wakil Saudara Baru dari JAWI. Pelbagai tajuk yang dikemukakan untuk menjadi tontonan para peserta yang hadir. Antara tajuk-tajuk lakonan adalah anak derhaka, sahabat sejati, buli dan lain-lain lagi.

Keesokan harinya iaitu hari ahad disambung dengan aktiviti jungle trekking dimana para peserta dibawa meredah hutan yang berakhir di Taman Semaian milik orang Asli. Disana para peserta melaksanakan kerja kebajikan dengan membantu memasukan tanah kedalam beg semaian dan menyusun kembali (menggredkan) anak-anak pokok. Ini merupakan salah satu cara berdakwah kepada masyarakat orang asli dengan membantu mereka disamping memupuk nilai-nilai murni kebajikan terhadap diri peserta. Selepas majlis penutup, para peserta dihantarkan pulang ke lokasi-lokasi selepas makan tengahari dan solat zohor.

Sehubungan dengan itu, kami penganjur merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi perhargaan kepada semua pihak yang terlibat samada secara langsung ataupun tidak lansung di dalam menjayakan program ini. Semoga kita mampu terus bekerjasama dalam melaksanakan tugas suci LillahiTa’ala ini. InsyaAllah.

Advertisements

Program Ibadah Qurban 1431H

Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Entry ini dipost pada 17 Zulkaedah 1431H, tak sampai sebulan lagi kita akan sampai ke bulan Zulhijjah, bulan umat Islam melakukan ibadah qurban. Sukacita kami ingin memaklumkan kepada semua pengunjung blog ini, bahawa PBMS dan PBMWP dengan kerjasama Koperasi Urusan Ibadah Qurban Selangor dan Wilayah Persekutuan akan mengadakan program ibadah qurban.

Pada tahun ini program ibadah qurban akan diadakan di dua tempat, iaitu di Kampung Orang Asli Sungai Lalang, Sungai Tekala, Semenyih dan juga di Rumah Kanak – kanak Tengku Budriah, Cheras, Kuala Lumpur, Insya ALLAH. Kami ingin mempelawa pengunjung yang berminat untuk mengadakan ibadah qurban. 
Harga untuk satu nasab ialah sebanyak RM380.
Untuk keterangan lanjut, boleh teliti brochure di bawah.. 🙂 

Muka surat 1

Mukasurat 2

Sekiranya berminat, anda boleh menghubungi talian-talian berikut:
1. 017 7208292 – Wan Zainuddin
2. 016 3361973 – Fuzaimi
3. 019 2214247 – Halim
4. 0176106628 – Reduan

Anda juga boleh emel kepada kami di pbm.selangor@gmail.com.
Sama-samalah kita war-warkan untuk sama-sama mengajak umat ke arah kebaikan, sebagaimana yang dipesan Luqman kepada anaknya, sepertimana tertulis di dalam al quran dalam surah Luqman, ayat 17:
Hai anakku, dirikanlah shalat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).

Sekian, terima kasih.

Kandungan ini dilindungi kata laluan. Untuk melihatnya sila masukkan kata laluan di bawah.

Assalamualaikum,

Semalam, wakil dari PBMS telah mengadakan satu perjumpaan dengan Persatuan Belia Masjid Wilayah Persekutuan (PBMWP). Berikut adalah petikan jemputan dari laman sosial facebook PBMWP.

————————————————————————————————————————————————-

Jemputan menjadi SUKARELAWAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT PERINGKAT ANTARABANGSA PADA 27 JULAI 2010 – 3 OGOS 2010 bertempat di PWTC.

Pada 8 Jun 2010 yang lalu, PBMWP telah dijemput ke mesyuarat Jawatankuasa Sukarelawan Tilawah Al-Quran Peringkat kebangsaan anjuran JAKIM di Dewan Syuro Wawasan aras 2, JAWI. Mesyuarat sebulat suara menubuhkan jawatankuasa sukarelawan untuk majlis tersebut.

PBMWP ditawarkan untuk mendapatkan sukarelawan-sukarelawan yang berminat untuk membantu urusetia TILAWAH dari JAKIM di sepanjang perjalanan program tersebut.

Menurut pihak JAKIM, satu program khas yang bakal diadakan selepas majlis selama 8 hari ini selesai dimana para Sukarelawan akan diberikan :
1. Sijil
2. Cenderahati

– Sukarelawan akan bertugas bermula 6.00 petang sehingga 12 tengah malam.
– Skop dan bidang tugas terdapat di Lampiran bergambar
– Bagi sukarelawan yang tiada tempat penginapan, sila berhubung dahulu dengan pihak kami untuk tindakan lanjut.
Mereka yang berminat boleh menghantar emel ke PBMWPP1@gmail.com dengan menyatakan maklumat seperti berikut:

1. nama & i/c
2. alamat:
3. no tel:
4. penginapan : perlu @ tak?
5. transport :
6. kerja,
7.sekiranya belajar :

a – tmpt blajar…
b – kursus…
c – tahun…

Sebarang pentanyaan boleh diajukan kepada :

1. En Reduan : 017 – 610 6628
2. En. Khir : 010 – 324 6306
3. En Shahrul : 017 – 568 8272

Sekian, wassalam.

———————————————————————————————————————————————-

Ini adalah sedikit lampiran untuk rujukan bersama sukarelawan.

Ini pula kertas konsep sukarelawan..ada skop tugasan sekali

Sekian, wassalam.

Assalamualaikum w.b.t,

Pada 9 – 11 Julai 2010, PBMS bersama-sama Masjid Al-Azim akan menganjurkan satu Kem Remaja Islam di Pusat Kegiatan Ibadah dan Riadah (PKIR) Sg. Tekala, Semenyih, Selangor.

Kem ini yang juga diberi singkatan KERIS 2 bakal melibatkan seramai 130 orang peserta dan 20 orang urusetia.

KERIS 2 ini merupakan satu titik tolak bermulanya pihak PBMS menjalankan kerjasama dengan pihak Masjid untuk melaksanakan program di luar kawasan masjid sebagai mana kebiasaannya.

Bermula pada hari Jumaat 9 Julai 2010, para peserta dan urusetia akan menaiki bas dari Masjid Al-Azim dalam jam 9 malam untuk berangkat ke PKIR.

Pendaftaran peserta terbuka kepada remaja yang berumur di dalam lingkungan 13 hingga 17 tahun. Yuran pendaftaran sebanyak RM 80.00 akan dikenakan kepada para peserta bagi program sepanjang 3 hari 2 malam ini.

Bagi mereka yang berminat boleh menghubungi terus

wan zainuddin    : 013 – 481 6759

mohd aliff             : 013 – 672 4313

Masjid Al-Azim  : 03 – 4293 2627

atau menghantar emel ke:

pbm.selangor@gmail.com

Sekian, wassalam.

Assalamualaikum,

Pada 7 Mei 2010, PBMS telah menerima surat jemputan untuk menghadiri satu program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat dengan kerjasama Rela Daerah Hulu Langat.

Program Skuad Rakan Muda RELA ini meliputi Latihan Asas RELA dengan tujuan untuk melahirkan generasi muda yang bertanggungjawab serta menyumbang tenaga di samping dapat menonjolkan semua kredibiliti generasi muda sebagai satu golongan yang bertanggungjawab, beretika dan berkualiti kepada komuniti setempat.

Antara keistimewaan yang bakal diberikan kepada para peserta yang menghadiri program :

  • Menerima sebuah T-shirt secara percuma
  • Sijil Penyertaan

Butiran program adalah seperti berikut:

  • Tarikh                                 :  23 Mei 2010 (Ahad)
  • Masa Lapor Diri              : 8.00 – 8.30 pagi
  • Tempoh program          : 8.00 – 5.00 petang
  • Tempat                              : Pusat Operasi RELA Batu 10, Cheras, Hulu Langat

Penyertaan terbuka kepada semua ahli PBMS dan mahupun persatuan-persatuan lain dan akan ditutup pada 19 Mei 2010. Sekiranya berminat sila hubungi Pengerusi PBMS En. Wan Zainudin di talian 013-481 6759 atau Setiausaha PBMS En. Fuzaimi di talian 013-33977586 untuk urusan lanjut dan sebarang pertanyaan.

Assalamualaikum,

Semalam, salah seorang daripada sahabat kita yang juga AJK Persatuan Belia Masjid Wilayah Persekutuan (PBMWP) telah pergi ke pejabat AADK WPKL.  Serentak dengan itu, PBMWP telah dijemput untuk menghadiri program anjuran Persatuan Penduduk & Pemilik RUmah Pangsa Taman Maluri, Kuala Lumpur dan JKPD-AADK Daerah Cheras, WPKL.

Butiran program adalah seperti berikut :

Tarikh: 15hb Mei 2010

Waktu: 6.30 petang hingga 10.30mlm

Tempat : Dewan Sri Perkasa, Jalan Perkasa, Taman Maluri, WPKL.

Semua ahli PBMWP dijemput hadir untuk memeriahkan majlis yang bakal dirasmikan oleh YB Datuk Wira Abu Seman bin Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Assalamualaikum,

Satu Program Rekreasi Tahap 1 anjuran Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Hulu Langat akan diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut :

  • Tarikh
->    8 – 10 Jamadil Awwal 1431H  atau  23, 24 dan 25 April 2010M
  • Tempat
->  Pusat Kegiatan Ibadah dan Riadah (PKIR), Sg. Tekala,  Semenyih, Hulu Langat, Selangor.

Pada progam ini, pihak persatuan telah diberi mandat untuk menjadi pelaksana keseluruhan yang melibatkan PBMS berfungsi sebagai Urusetia dan Fasilitator.

Peserta yang seramai 40 orang telah dijemput dari ahli-ahli persatuan yang berada dibawah seliaan JBS Hulu Langat. PBMS juga mendapat jemputan seramai 5 orang yang bakal diwakili oleh ahli PBMS dari kawasan Kajang (peserta PJKN dahulu).

Antara aktiviti-aktiviti menarik yang bakal dilaksanakan adalah:

  • Kemahiran menggunakan Kompas dan Orientering Minda
  • Asas Ikatan
  • Asas Berkayak

Mana-mana ahli PBMS mahupun individu luar (selain ahli PBMS)  yang berhasrat untuk sama-sama membantu PBMS menjayakan perlaksanaan program ini boleh memberi komen pada kiriman (post) ini atau terus menghubungi penyelaras program di nombor telefon seperti di bawah :

  • 013 – 481 6759 ( En. Wan Zainuddin)
  • 013- 3977586  (En. Fuzaimi)

Sekian, wassalam

Mesyuarat Agung PBMS

Salam

Pada 24 Mac 2010, bersamaan 9 rabi’ul akhir 1431H, akan diadakan mesyuarat agung PBMS bertempat di Masjid al Azim, Pandan Indah jam 9 malam.

Semua ahli dijemput hadir.

Sekian, terima kasih..

Salam,

En Zul dari KBS memaklumkan jemputan untuk 2 pasukan dari PBMS untuk turut serta dalam futsal telah ditarik semula kerana berlakunya pertukaran pihak urusetia yang terpaksa dilaksanakan di saat-saat akhir.

Kita telah menghubungi terus urusetia program tersebut, namun makluman daripada beliau  ” tempat sudah penuh ” .

Oleh itu, pihak pengurusan PBMS memohon maaf diatas kesulitan yang berlaku dimana kita sendiri tiada kuasa untuk mengawalnya. InsyaAllah akan ada hikmah disebalik ketidakbersamaan kita di dalam perlaksanaan program futsal tersebut.

Sekian, wassalam.