Latest Entries »

Kandungan ini dilindungi kata laluan. Untuk melihatnya sila masukkan kata laluan di bawah.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang,

Alhamdulillah setinggi syukur kita panjatkan ke hadrat-NYA kerana berkat keredhaan dan keizinan-NYA kita telah berjaya melaksanakan dua buah program yang disatukan. Program yang pertama adalah Program Anjuran PBMS dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Daerah Hulu Langat dan Penggerak Masyarakat Orang Asli JAKIM (PMOA JAKIM).

Program kedua pula adalah program Kem Wawasan Remaja Islam ataupun singkatannya WARIS yang merupakan anjuran bersama PBMWP dan MASJID AL-NAJIHIN BANDAR SRI PERMAISURI.

Program tersebut yang telah dijalankan pada 11-13 JamadilAwal 1432H ini telah menerima penyertaan seramai 86 orang yang menginap sementara di Pusat Kegiatan Ibadah dan Riadah (PKIR) Tekala, Semenyih. Para peserta terdiri daripada pihak PBMS, pihak PBMWP, pelajar sekolah menengah, dan seramai 14 orang Saudara Baru (Muallaf) dari JAWI yang terpilih. Setinggi perhargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada YAYASAN TAKWA kerana telah meluluskan sumbangan sebanyak RM 3,000.00 untuk menampung kos program ini.

Aktiviti hari pertama adalah sesi taaruf dimana semua peserta program menjalani sesi taklimat & suai kenal sesama peserta disamping salah seorang daripada Saudara Baru dari JAWI menceritakan kisah dan pengalaman beliau dalam memeluk agama islam.

Keesokan harinya, peserta melaksanakan Ziarah Dakwah ke Perkampungan Orang Asli Sg. Gabai. Alhamdulillah kehadiran kami disambut baik di kampung yang diselia oleh Ustaz Muhyidin (PMOA JAKIM Pangsun). Ziarah Dakwah dimulakan dengan aktiviti ceramah sembelihan halal yang disampaikan oleh Ustaz Muhyidin sendiri. Sesi seterusnya disambung dengan sesi Praktikal Sembelihan ayam sebanyak 30 ekor dan arnab sebanyak 2 ekor. Lori JAKOA juga turut membantu urusetia membawa makan dan kelengkapan seperti khemah yang digunakan di perkampungan orang asli tersebut. Sesi kemudian berakhir dengan para peserta yang terdiri dari saudara baru dan pelajar, wakil PMOA JAKIM dan Hj Aziz (Pegawai JAKOA Daerah Hulu Langat) menyampaikan sumbangan hamper dan ayam mentah kepada 21 Keluarga yang terdapat di dalam kampung tersebut. Hamper diserahkan terus ke rumah Masyarakat Orang Asli sesuai dengan matlamat ziarah dakwah ini. Pada jam 3 petang, para peserta seterusnya pulang kembali ke PKIR untuk menyambung program seterusnya.

Pada malam minggu tersebut, Sesi AKHLAK dilaksanakan dimana para pelajar mempersembahkan Lakonan dari kumpulan masing-masing yang diadili oleh 5 orang wakil Saudara Baru dari JAWI. Pelbagai tajuk yang dikemukakan untuk menjadi tontonan para peserta yang hadir. Antara tajuk-tajuk lakonan adalah anak derhaka, sahabat sejati, buli dan lain-lain lagi.

Keesokan harinya iaitu hari ahad disambung dengan aktiviti jungle trekking dimana para peserta dibawa meredah hutan yang berakhir di Taman Semaian milik orang Asli. Disana para peserta melaksanakan kerja kebajikan dengan membantu memasukan tanah kedalam beg semaian dan menyusun kembali (menggredkan) anak-anak pokok. Ini merupakan salah satu cara berdakwah kepada masyarakat orang asli dengan membantu mereka disamping memupuk nilai-nilai murni kebajikan terhadap diri peserta. Selepas majlis penutup, para peserta dihantarkan pulang ke lokasi-lokasi selepas makan tengahari dan solat zohor.

Sehubungan dengan itu, kami penganjur merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi perhargaan kepada semua pihak yang terlibat samada secara langsung ataupun tidak lansung di dalam menjayakan program ini. Semoga kita mampu terus bekerjasama dalam melaksanakan tugas suci LillahiTa’ala ini. InsyaAllah.

Salam..

Alhamdulillah, pada 11-13 Mac 2011 bersamaan 6-8 Rabi’ul Akhir yang lalu telah selamat berlangsungnya program Kem Remaja Islam (KERIS) bertempat di Pusat Kegiatan Ibadah dan Riadah (PKIR), Sungai Tekala, Semenyih Selangor.

Program ini merupakan program KERIS sulung PBMS. Dalam menganjurkan program ini, kita telah bekerjasama dengan MASJID RAJA MUDA MUSA,SEMENYIH DAN MAJLIS PERBANDARAN KAJANG (MPKj). Alhamdulillah seramai 91 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dengan pecahan 33 orang lelaki dan 58 perempuan telah berjaya mengikuti program ini yang mendapat tajaan dan sumbangan daripada JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS) , MPKj & MPP Semenyih.

Sehubungan dengan itu, pihak PBMS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak MASJID RAJA MUDA MUSA, SEMENYIH
dan MPKj serta kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan KERIS ini.

Semoga segala kerjasama dan sumbangan akan terus berkekalan dan Diberkati Allah S.W.T.
InsyaAllah

Kandungan ini dilindungi kata laluan. Untuk melihatnya sila masukkan kata laluan di bawah.

Kandungan ini dilindungi kata laluan. Untuk melihatnya sila masukkan kata laluan di bawah.

Kandungan ini dilindungi kata laluan. Untuk melihatnya sila masukkan kata laluan di bawah.

Program Ibadah Qurban 1431H

Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Entry ini dipost pada 17 Zulkaedah 1431H, tak sampai sebulan lagi kita akan sampai ke bulan Zulhijjah, bulan umat Islam melakukan ibadah qurban. Sukacita kami ingin memaklumkan kepada semua pengunjung blog ini, bahawa PBMS dan PBMWP dengan kerjasama Koperasi Urusan Ibadah Qurban Selangor dan Wilayah Persekutuan akan mengadakan program ibadah qurban.

Pada tahun ini program ibadah qurban akan diadakan di dua tempat, iaitu di Kampung Orang Asli Sungai Lalang, Sungai Tekala, Semenyih dan juga di Rumah Kanak – kanak Tengku Budriah, Cheras, Kuala Lumpur, Insya ALLAH. Kami ingin mempelawa pengunjung yang berminat untuk mengadakan ibadah qurban. 
Harga untuk satu nasab ialah sebanyak RM380.
Untuk keterangan lanjut, boleh teliti brochure di bawah.. 🙂 

Muka surat 1

Mukasurat 2

Sekiranya berminat, anda boleh menghubungi talian-talian berikut:
1. 017 7208292 – Wan Zainuddin
2. 016 3361973 – Fuzaimi
3. 019 2214247 – Halim
4. 0176106628 – Reduan

Anda juga boleh emel kepada kami di pbm.selangor@gmail.com.
Sama-samalah kita war-warkan untuk sama-sama mengajak umat ke arah kebaikan, sebagaimana yang dipesan Luqman kepada anaknya, sepertimana tertulis di dalam al quran dalam surah Luqman, ayat 17:
Hai anakku, dirikanlah shalat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).

Sekian, terima kasih.

Kandungan ini dilindungi kata laluan. Untuk melihatnya sila masukkan kata laluan di bawah.

Kandungan ini dilindungi kata laluan. Untuk melihatnya sila masukkan kata laluan di bawah.

Kandungan ini dilindungi kata laluan. Untuk melihatnya sila masukkan kata laluan di bawah.